Kombo Chezzy Magic yang mengancam
Sudahkah anda melanggan RSS Feed ?
Langganlah untuk mendapatkan updates terkini serta diskaun sebagai pelanggan setia kami!
Apakah itu Kombo Chezzy Magic?
Kombo chezzy magik merupakan gabungan ideal untuk anda sekeluarga menikmati wedges ala-ala KFC. Kentang disaluti tepung magik, digoreng dan rasanya rangup. Dihidangkan pula bersama krim chezzy membuatkan kelazatannya terserlah dan menyelerakan.Anda akan mendapat 1 pack chezzy dan 1 pack tepung magik.
Serbuk Cheese : Berat 1 Pack 200 gram
Serbuk Cheese/Chezzy Sauce keluaran Ummi's Cheesy House ialah buatan orang Islam semestinya. Cukup mudah disediakan, hanya ditambah air panas sahaja. Hasilnya sama seperti mana cheese yang lain. Sedap, enak, sehingga menjilat jari.
Kandungan - Milk Solids, Vegetable Fat, Modified Starch, Maltodextrin, Vegetable Powder, Cheese Solids, Flavour Enhancers, Dextrose, Salt, Glukose Syrup Solids, Food acids, Flavourings, Mineral Salt Spices. Yeast extract, Anti Caking Agents. Spice Extract Colourings.
Penggunaannya
1. Campurkan 1 bahagian serbuk cheese dengan 1 bahagian air panas (>85c) sedikit demi sedikit2. Gaul rata hingga sebati dan pekat3. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika sukakan lebih cair
Panduan
1. Simpan di tempat dingin dan kering, elakkan dari terkena cahaya
2. Bancuh sekadar untuk kegunaan sahaja
3. Tarikh luput tertera di bungkusan, lebih kurang 6 bulan dari tarikh pengeluaran.
Tepung Magic
Tepung Magik 1 unit beratnya: 540 gram
Wajah baru! Lebih mantop~ |
Tepung Goreng cendawan ini mendapat gelaran tepung magik sebab kerangupannya kekal berjam-jam lamanya. Tidak seperti tepung biasa yang berada dipasaran, ianya akan cepat lemau setelah digoreng.
Kelebihannya ;
- Cepat & Mudah disediakan
- Cendawan Goreng Tidak Berminyak
- Cendawan Tidak Melekat
- Tanpa Telur
- Tepung tidak digunakan dengan Banyak
- Tidak menggunakan minyak yang banyak
- Cendawan Goreng tidak cepat lembik (soggy)
- Rasa macam kulit ayam KFC (ini customer yang cakap)
Ini pula antara resepi-resepi yang menggunakan Tepung Magic.
Cendawan Goreng Magik
1. Siat cendawan sebesar 2 jari ( sambil tu panaskan minyak).
2. Rendam cendawan didalam air sejuk selama 3 saat (Ia akan menjadi gorengan yang unik).
3. Angkat cendawan & Perah airnya.
4. Letak didalam bekas dan tabur Tepung Magik (biar tepung tu sekata).
5. Goreng secara deep fry dengan api kuat.
6. Untuk kerangupannya kekal lama, angkat ketika gorengan bertukar dari kuning ke warna oren.Enak dimakan begitu sahaja.
Cendawan Goreng Itali
1. Siat cendawan sebesar 2 jari ( sambil tu panaskan minyak).
2. Campurkan air sejuk didalam Tepung Magik, jangan cair sangat.
3. Golek cendawan di dalam Tepung magik Basah tadi.
4. Golek2 diatas breadcrump (serbuk roti).
5. Goreng secara deep fry dengan api kuat.
Boleh dicicah bersama Cheeze atau thousand Island.
Ayam Ala KFC
1) Potong ayam dan basuh bersih
2) Bancuh Tepung Magic bersama tepung jagung dan air sejuk (ais) dengan sukatan 2:1
3) Sediakan satu bekas Tepung Magic yang kering.
4) Celup ayam pada bancuhan yg cair.
5) Golek ayam pada Tepung yang kering.
6) Goreng cara Deep Fried dengan api sederhana.
Tempe Rangup
1. Basuh dan potong tempe mengikut saiz yang disukai...
2. Tuang Tepung Magic kedalam mangkuk
3. Masukkan minyak ekdalam kuali dan panaskan
4. Masukkan tempe kedalam tepung dan gaulkan hingga sebati
5. Goreng didalam minyak yang panas hingga masak. Biasanya kuning keemasan
6. Angkat dan hidangkan.
Sayur-sayuran rangup
1. Potong dan basuh sayur-sayuran spt. kobis, sawi, bayam mengikut saiz yang disukai.
2. Tuang Tepung Magic ke dalam mangkuk.
3. Jika ingin lebih umm, celup sayur ke dalam telur yg telah dipukul & salut sebati ke dalam Tepung Magik.
4. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.
5. Goreng didalam minyak yang panas hingga masak. Biasanya kuning keemasan.
6. Angkat dan hidangkan.
Awesome kan !
Kombo Chezzy Magic = RM22 RM20 + postage ke SM RM6 = RM28 RM26 (Sabah/Sarawak tambah RM3)
Loose packet;
Tepung Magic 1 paket 540gm = RM10
Chezzy Sauce = RM14.50 RM12
Lebih jimat dengan Set Kombo Chezzy Magic !
3 comments:
menarik je .. teringin nak cuba
sy sendiri dah cuba, lynn. mudah sgt nak buat cheesy wedges ala2 KFC tu ;)
tepung magic tu pun pelbagai guna. masak dgn gulai pun boleh ;)
RM25.60 shj trmasuk pos
I enjoyed reading your blog, thanks
Post a Comment